Tuesday, October 5, 2010

Al-Muntalaq (Titik bermula)

Setiap cabang ilmu mempunyai usul dan fiqhnya yg tersendiri. seringkali kita melihat sikap-sikap terlalu meringan-ringankan (at-tafrit) ataupun berlebih-lebihan (al-ifrat) dalam urusan agama akibat tidak bermula dari titik yang betul. Inilah yg dikatakan al-ghulwu fi at-tafkir yg seringkali diperingatkan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Semangat yang berkobar untuk membela kesucian Islam wajib diseimbangkan dengan fikrah yang betul dan seimbang. Jika tidak, sikap tersebut bukan menambahkan kekuatan Islam, malah sebaliknya.

Nukilan ini adalah hasil pemerhatian peribadi penulis terhadap golongan yang bersemangat membela Islam tetapi bukan dengan bersuluhkan titik tolak yang betul. Masing-masing berpegang dengan prinsip masing-masing sehinggakan prinsip orang lain dianggap tidak betul semuanya. Ketaksuban terhadap seseorang alim atau aliran tertentu menyebabkan umat Islam semakin terbahagi kepada banyak pula pecahan dan cabang. Benarlah kata-kata Amir Shakib Ar-Salan yang ditanya kenapa Islam semakin lemah sedangkan negara umat Islam lebih banyak dan luas berbanding Israel. Mudah saja katanya, kerana 'banyak' itulah umat Islam lemah dan tidak mampu bersatu.

Jadi fikirkanlah....

reejal
05/10/10

No comments: