Saturday, October 2, 2010

Mukhayyam

Ustaz sedang merancang dengan ust Nazmi untuk adakan mukhayyam untuk pelajar-pelajar. Mungkin ramai yang belum pernah ada pengalaman mengikuti mukhayyam. Inilah masanya sementara masih muda untuk menimba ilmu dan pengetahuan dalam usaha memantapkan diri sebagai mukmin mujahid dan mukminah mujahidah. Sebagai permulaan, kumpulan sasaran pertama akan bertumpu kepada nuqaba' dan naqibat dulu. Dan kumpulan pertama ini akan menjadi benchmark ustaz untuk merangka satu modul yang boleh digunakan untuk kumpulan yang akan datang. InsyaAllah mudah-mudahan diberkati Allah. Cuma satu permintaan ustaz, harap mereka yang akan menyertai mukhayyam ini akan mula membuat persiapan fizikal dan mental yang secukupnya. Ini bukan perkhemahan makan angin atau bersantai. Tapi berorientasikan militari. Sekian dulu... ustaz masih ingat satu kata-kata seorang pegawai tentera berpangkat major ketika ustaz dalam ATM dulu..."WELCOME TO OUR MILITARY LIFE". Jumpa lagi wassalam.

No comments: