Saturday, October 2, 2010

Nasib Islam hari ini

Tersentuh sungguh dengan tulisan Sheikh Abul A'la Al-Maududi rahimahullah apabila dia menulis dalam kitab beliau; Iman, Islam dan Ihsan, bahawa nasib yang diterima oleh agama Allah ini pada zaman kita ini umpama benda mainan kanak-kanak yang hanya layak dipamerkan atas almari. Manusia memuji-muji keindahannya dari jauh. Namun apabila tiba masa mereka diajak untuk kembali mengamalkan Islam dalam bentuknya yang syumul, sebagai satu sistem dan undang-undang yang mengaturkan seluruh aspek kehidupan, mereka pun mula mengelak dan berdalih. Sikap inilah kata as-sheikh menjadikan solat kita langsung tidak memberi kesan. Kita mengharungi kehidupan ini ibarat mayat hidup yang bergerak tetapi tiada ruh. Fikirkanlah wahai umat Islam...

No comments: